Birthday Sarah last week, sambut ala kadar je.. sambutan kena postpone sebab ibu outstation ke KT. Buat tiramisu kek dan pizza untuk Sarah pada hari Isnin, nasib baik pagi Isnin tu berpeluang pergi beli barang kat Alamanda, sebab....
sebenarnya tak nasib baik sangat la..Pagi-pagi nak pergi kerja kereta tak boleh start, batteri kong.. tunggu mechanic datang dah dekat pukul 10 ..emm half day la gamaknya. Kereta ni pandai tau, nak meragam pada hari gaji, so.. campur tolak bagi kali.. nasib baik jugakla...
So pagi tu la baru sempat beli barang dapur and buatla preparation untuk birthday Sarah.. tapi malangnya ayah tak dapat balik rumah nak sambut.. and saya pulak tak sempat beli hadiah untuk Sarah, cadangnya hadiah utama ayah akan beli. Merajuk la minah tuuuu, tapi sedih jugak bila dia cakap... "birthday kakak tak meriah pun.." yealah kami hanya have a quiet dinner sambil makan kek.. tak ada belon, lilin dan hadiah.. sad memory untuk budak yang turns 12.. Anak dara teman dah boleh dapat IC kenkawan..
Kena make it up untuk Sarah nih, kesian kawan tu..
Semalam saya hadir ke majlis solah hajat dan bacaan yassin untuk budak-budak yang nak ambik UPSR di sekolah Sarah. Nampak sangat kawan-kawan Sarah dah besar-besar. Dan banyak juga yang dah start menjeling-jeling ke saf depan.. ( where the boys solat).. wah.. boleh tahan nih..
Malas sebenarnya nak mingle dengan mak-mak student lain kat sekolah Sarah nih.. yeala.. mungkin saya tak tau nak cakap apa,nasib baik ada jiran kami yang hadir sekali..
Last week ambik report card diaorang, Sarah dapat 1c which is BM penulisan.. Alhamdulilah the rest is D and 1 E. kesian Sarah.. dia baru discover yang subjek yang dia boleh jawab macam kajian tempatan, kemahiran hidup, pendidikan seni dan Agama tak masuk dalam UPSR...
InsyaAllah hari Isnin in kita akan berpuasa.. seperti biasa azam acik tahun ni.. tak mahu ke PARAM. Cuba makan healthy diet.. Good luck puan.. ha..ha..ha..
0 comments:
Post a Comment