Dah masuk setengah bulan kita menyambut Ramadhan, so far so good.., tapi misi tidak ke Param sedikit tercalar, still saya tidak ke param .... tapi bapaknya.. tak tahan, selalu pergi cari kuih manis. Biasanya saya tak buat kuih manis dan susah-susah ni. Tu yang dia teringin tuu... saya kalau bab kuih tradisional ni mamang fail... fail.. fail..fail..
Sarah Jiha puasa alhamdulilah okey, bangun sahur pun okey..
Cuma persiapan raya belum buat lagi. Adalah beli baju Sarah Jiha sorang sehelai, selebihnya tunggu minggu depan la. Selain tunggu yang 1/2 bulan tu masuk, setakat ni saya tak ada masa lagi nak pergi beli barang-barang persiapan nih.. Ingat tahun ni nak melabur ket Alamanda je la, tak payah susah-susah ...
Tapi nanti jadi macam tahun lepas, last-last ke JJ jugak...
Tadi kami berbuka kat ofis ibu, ada majlis buka puasa dengan warga Rumah Perihatin. Ini first time anak-anak berbuka puasa diluar tahun ni. Bukan apa.. saya tak begitu berminat kepada idea berbuka puasa di laur sebab nanti terkejar-kejar.. bairlah buka sederhana di rumah...
Sarah Jiha terlebih excited bila dengar kami nak berbuka puasa dengan anak-anak yatim, Jiha sibuk nak korek tabung nak bawak duit untuk menderma kepada mereka. Macam-macam soalan yang mereka tanya, "boleh salam tak bu dengan anak-anak yatim tu," " boleh tanya tak bu dengan anak yatim tu.." "diaorang datang nak apa...' "diaorang datang dengan siapa.." "balik sekolah siapa ambik mereka.."
Tapi.. hujan lebat petang semalam melambatkan kami sampai ke ofis untuk majlis tu, sampai-sampai dah nak berbuka, sholat, makan, sholat Isyak dan kami dah siap-siap nak balik... tak sempat bermesra dengan Warga Rumah Perihatin...
Tapi apa pun... semua nih pengalaman baru bagi Sarah Jiha...
0 comments:
Post a Comment