Selamat la sudah kita beraya, tapi mood kerja langsung tak mari.. Kami sekeluarga selamat beraya ke selatan dan utara. Tahun ini 1 syawal disambut di selatan… banyak gumbira hati ini.
Coretan 1
Persiapan raya anak-anak berjalan lancar, walaupun akhirnya saya terlupa yang saya tak belikan Ali seluar dan songkok. Nampaknya pakai seluar lama la Ali, jeans Jiha masa kecik-kecik dulu pun ok lagi, songkok pulak pakai la songkok awam kat rumah Tok Mak ( songkok yang tertinggal). Ali juga dah pandai pergi sholat raya.. tahun ni tak nangis..kalau tak angkat takbir je saya dah dengar suara dia menangis.. terus tak khusyuk sembayang.
Sarah pulak terpaksa cari baju last minit, sebab baju Sarah tak siap. Nasib baik dia okey je, dan tahun ni dapat la kami sedondon warna baju.. walaupun ada orang tu yang terover sikit.
Saya memang tak beli apa-apa untuk raya, baju pun pakai baju tahun lepas. Kasut yang dah merekah pun belasah je. Tak terasa nak raya sangat.
Kuih raya pun tak beli, cuma sempat siapkan tiga bekas coklat untuk dibawa pulang kampung. Namun Hari Raya tetap meriah sebab berkumpul semua adik beradik. Anak-anak buah dan saudara mara.
Coretan 2
Raya sebelah utara macam tergempar sikit. En Abang tak maklumkan pun kata nak raya kat kampung dia, sebab katanya dia kerja dan tak boleh bercuti panjang, sejak ibu bapa mertua saya meninggal dunia kami agak jarang balik kampung. Saya tak tanya banyak sebab yang penting saya dapat beraya di kampung halaman, kalau kena balik drive sendiri pun saya sanggup.
Tapi tup-tup, petang khamis sebelum raya dia berubah fikiran pulak, sebab kakak dia nak tumpang balik kampung. Suami saya ni kalau kaum keluarga punya request memang tak menolak, yang tak boleh cuti panjang pun dah jadi boleh. Apa nak buat kena akur je lah, padahal saya dah terbayang duduk beraya di selatan sampai Sabtu.
Hati saya meletup-meletup macam bunyi mercun, tapi kat luar siapa yang tahu.. adatla berumah tangga kena give a lot and take a little…
Coretan 3
Makanan musim raya memang superberb , sampai sekarang ni pun masih teringat-ingat. Kami masak ketupat, kari, rendang, lodeh dan sambal kacang. Kakak-kakak saya balik pun akan bawak balik lauk masing-masing dan berbagai version rendang kami jumpa.
Tahun ni Ibu saya hanya jadi Master Chef, yang masak Mak Itam dan Cik Noi, dan seperti biasa yang jadi budak suruhan ialah saya. Walaupun umur dah masuk 40, tugas saya masih lagi kopek bawang, ambik serai, pergi kedai, petik cili dan yang paling tak hingat ialah ambik lengkuas malam-malam. Bertahun dah buat kerja nih…
Coretan 4
Kadang-kadang dalam beraya akan ada adegan yang kita tak senang nak tengok. Masa tulah saya rasa iman saya ditahap paling lemah, hanya mampu menegur dalam hati. Bercampur gaul dengan bukan muhrim yang melampau, tidur bercampur bersesak-sesak dalam hall yang sempit. Tak menghirau kan waktu sholat. Yang tua tak pandai nak menegur, yang muda naik mua….
Saling bermusuhan dan tidak bermaafan di hari raya, tuduh menuduh dan menyebarkan keburukan sesama keluarga tanpa segan silu. Seperti Ramadhan yang baru berlalu tidak menerbitkan apa-apa kesan dihati mereka ini.
Ramadhan yang pergi meninggal kan kita sepatutnya menimbulkan keinsafan dan menambah ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Menimbulkan rasa seronok beribadah dan menambah rasa hamba kita kepadaNya. Tapi yang nampaknya sudahlah Ramadhan tak pasti ada pertambahan amalan, Syawal pulak disambut berlebih-lebihan.
Coretan 5
Hari ni dah naik kerja, tapi terus terang saya tak ada mood dah nak kerja. Asyik teringat nak bercuti yang panjang 3 tahun tu je.. nak isi borang.. anak ambik test.. tunggu verification e-mail .. cepatla selesai urusan nih supaya saya boleh start perjuangan baru dan cerita baru. Cerita sekarang nih memang agak membosankan..zzzzzZZZZZZZzzzzzzzz
Minggu depan Sarah exam UPSR, kalau ada sesiapa yang baca coretan ni dan coretan-coretan sebelum ni, tolonglah doakan kejayaan Sarah. Harapan kami mudah saja, semuga Sarah lulus semua mata pelajarannya, kami tak mimpikan yang muluk-muluk….. namun yang kami pasti mudah itu yang terindah…..
Wassalam…

1 comments:
camner exam upsr?boleh jawab ke?moga dapat keputusan yang mmbanggakan.
tetiba boleh cuti?alahai..kalau saya kena camtu harus nanges di pagi raya
Post a Comment