Wednesday, September 21, 2011

Tanggungjawab...satu....

Hari ni saya bayar bil. Bil telefon saya bulan ni ialah RM 247.40. Tak biasanya saya bayar bil sebanyak itu. Saya bukan kaki gayut dan jarang buat cal guna telefon rumah, biasanya pakai HP. Tujuan ada telefon rumah tu untuk internet access dan kalau anak-anak saya perlu telefon kami masa kami tiada dirumah atau outstation.

Tapi bulan lepas, si Kakak telah menggunakan telefon sehingga beratus RM. Saya dah warning kat dia jangan bergayut di telefon masa saya tak ada dirumah. Saya cakap saya boleh tau walaupun saya tiada dirumah. Hasilnya panggilan sahaja mencecah seratus lebih.

Saya cakap pada Kakak, dia kena bertanggungjawab dengan perbuatannya. Jadi dia dengan sedih hati telah menyerahkan sebahagian dari duit rayanya untuk menanggung 20.24% dari kos bil tersebut. Selebihnya ibula yang terpaksa tanggung.

Kesian juga sebenarnya tengok Kakak, tentu dia rasa sedih dan ralat, dengan duit sebanyak itu macam-macam dia dah berkira nak beli. Tapi akibat perbuatan dia sendiri dia terpaksalah tanggung. Biar dia dapat belajar dari peristiwa ini.

Ini juga pengajaran buat Jiha (I know you are reading this....). Setiap perbuatan ada akibatnya. Dan setiap perbuatan itu ada tanggungjawabnya. Terutama bagi yang dah besar-besar nih, Ali tok sah kirala.. dia mumaiz pun belum...

Cerita pasa Ali.. pakcik nih mistik sikitla, dia selalu kata dalam bilik ibu ada hantu (tak taula dia nampak betul ke atau saja je dia cakap) Atau dia ternampak ibu masa tengah serabai gila dia ingat hantu.. huhuhuh..... Tapi selalu, kalau dia tidur dalam bilik ibu dia akan terjaga dan menangis dan ketakutan. Dan secara konsistan akan menunjuk kearah yang sama bila ditanya kat mana ada hantu. Kekadang ibu pun naik cuak, kekadang naik seram jugak, tapi alhamdulilah setakat ni tak ada apa-apa yang pelik berlaku dan saya berdoa semoga kami sekeluarga dilindungi.

3 comments:

HappyIrfa said...

salam kak..

kakak call sapa sampai bil mencanak naik tu?

boleh nampak hantu?huhu..naik bulu roma

~ yus ~ said...

sian jiha, duit raya kena bayar bil tefon ya...

kak, cubalah periksa betul2 kak, kot betul dia nampak sesuatu di bilik tu...

saya pulak yang seram..huhu

p/s: lama saya tak menyinggah sini kan...:)

sarahjiha said...

Ifa.. dia cal kawan sekelas dia.. satu taman.. apasal tak beborak kat kelas je.. lagi bagus.. freee jeh...

&Yus, kang kalau betul-betul dia nampak.. akan yang nak takut lak kang.... mau anak beranak tido kat Hall...