Minggu lepas kerja Ahad, minggu nih kerja Jumaat, Sabtu dan half day Ahad, Bukan boleh claim cuti pun... hati ni dah mengeletis nak balik kampung...
Cuaca sekarang ni asyik gloomy je kalau petang. saya tak bolehla.. kalau cuaca macam ni je saya jadi ingat UK. Macam cuaca masa winter. Tapi yang tak seronoknya ialah nak sidai baju pun macam masa winter jugalah.. payah.. kena pakai dryer. Nasib baik kami ada dryer yang dengan kami sahaja dah 12 tahun, dengan previous owner tak tahu dah berapa tahun. Masih berkuasa kuda lagi dalam mengeringkan baju adik-adik (underpants dan yang sewaktu dengannya).
Tu la .. balik pada cerita kerja nih.. rasa macam tak adil la pulak kalau kerja weekends tak boleh claim cuti, ke.. boleh saja saya je yang tak tau? Saya rasa setiap orang yang kerja weekkends mesti berhajat nak cuti.. paling tidak half day ke the next Monday, yela la penat travel satu, rumah yang macam nak karam (harapkan pagar.. pagar tak boleh diharap)singh.. semua tu kena ambik kira. Ni biasala.. balik outstation sampai rumah pukul 12 malam... pukul 8.oo esok dah tercongok dah kat ofis. Saya rasa ramai bos kita tak ambil kisah sebab mereka ni dah zaman anak besar-besar, masa dulu-dulu tradisi meeting weekkends ni tak budaya lagi.. tapi sekarang nih nampaknya dan berakar umbi dah ....
Pesan berjela nak kena tinggal kat anak dara saya tu.. (dah ada IC you), main komputer gilir-gilir.. kang part dia dia sorang.. part orang lain dia mencelah juga.., solat jangan tinggal, cebok Ali dan buat susu ali, mandi (penting nih kena ingatkan) kalau tak nanti saya cal pukul 2 petang pun tak mandi lagi. and my last and fev pesan.. tolong ayah dan jangan susahkan ayah...
Nanti balik petang Ahad redho je la tengok rumah anda.. ""aku redho..." I Hate tat song!!!!
2 comments:
:-)
senyum je baca..citer bab tinggal rumah ni mmg tak abis.last week sy x boleh cuti so anak2 bagi suami jaga.saya dah set mind kalau balik umah nanti jangan marah2 bila umah sepah.mmg betul..kain lap yg basah di letak je atas singki..apa salah letak dalam bilik air terus..tapi saya sabar.sekurang2 anak2 dah makan.takde yg komplen kebulur .. umah sepah sikit tu pejam mata je la
Tula irfa...
Balik rumah macam tak boleh duduk.. kaki rasa melekit je...
Post a Comment