Hohoho sampai 60..
Entahla terus terang saya tak sanggup kerja sampai umur 60 tahun, ni cakap sekarang la.. sebab ada orang yang saya kenal yang kata tak sabar nak pencen, bila kerajaan kata nak sambung 60 dia yang melompat dulu...huhu..
Mungkin memikirkan persekolahan anak yang belum selesai, nak hantar anak ke kolej yang perlukan belanja besar. Atau orang yang tak tau apa nak buat lepas pencen. Biasanya orang yang bersara awal (pilihan) sudah mempunyai perancangan selepas pencen. Tidak timbul kata menyesal lepas pencen sebab dia buat apa yang dia suka. Macam kakak saya yang pencen pada umur 50 tahun menjaga suami yang sakit, berniaga kecil-kecilan di rumah, saya tengok dia makin gembira (agaknya la...)
Tapi orang yang bersara wajib dan tak tau apa nak buat ramai yang merindukan alam makan gaji...
Saya juga berharap tidak semua gred kakitangan dibenarkan menyambung perkhidmatan sampai 60 tahun, terutama yang berkaitan dengan penggunaan tenaga 4 kerat. Bayangkan kita nak arahkan PAP yang seusia dengan atuk kita angkat meja dan sebagainya. atau nanti kita pulak yang kena agih-agihkan kerja bagi PAP berusia 45 tahun ke atas buat kerja ringan je.. yang muda-muda buat kerja berat-berat. Tak adil pulak, gred sama kerja lain-lain.. harap-harap kerajaan dah fikirkan masalah ni sedalam-dalamnya...supaya tiada pembaziran pejawatan...
Masa saya 60 tahun nanti Ali dah 23, jiha 28 dan Sarah 32 insyaAllah kalau hidup lagi la. Entahla... sebenarnya saya tak faham sangat dengan sistem saraan baru ni, tapi apa yang saya dengar semacam ada trick sikitla. Kalau kita tak pilih sistem ini, nanti kita ketinggalan dalam semua hal macam orang yang tak sign untuk SSM dulu....
Alhamdulilah dapatla bonus.. kakitangan kerajaan dapat sebulan semua orang kecoh, sebab kerajaan umum kat TV, sebab setengah orang rasa itu duit dia dari hasil cukai, sebab setengah orang kata kakitangan kerajaan kerajaan tak layak terima bonus sebab malas...
Saya kata.. orang swasta terima bonus 6-7 bulan gaji tak de sapa heboh pun... sebab tak umumkan kat TV, kadangkala saya rasa tu duit saya juga sebab kenkadang saya bayar untuk produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut, tak semua kakitangan kerajaan malas dan culas.. of course saya rasa saya tak malas....errrrrppppp...
Apa pun terbayang saya nanti dah 60 nak pergi kerja.. papagi Sarah hantar (drive dah tak nampak dah).. petang Ali pulak ambik balik dari kolej, Jiha pulak sekali sekala kalau cuti temankan saya buat kerja kat ofis... emmmm berangan ...
2 comments:
saya pun xdapat bayangkan kalau masih keje di usia 60 tahun.
si kakak umur 38 taon
si abang 34
dan si adik 29
harap2 masa tu diorang dah ada keluarga masing2 dan saya masih sihat dan menambah bekalan ke alam sana..insya Allah
Saya pun harap macam tu juga....
Post a Comment