Thursday, November 10, 2011

Allahumma yassir wa la tu'assir

Minggu depan result UPSR keluar.. bila tanya Sarah.. kakak tak takut ke?? relax je makcik tu jawab tak. seronoknya jadi budak worry free, hassle free... Ni kita asyik takut je, buat coklat sememeh takut customer tak suka, buat report takut tak betul, banyak sangat orang nilai... tapi kalau dah buat salah tu memang kena takut la...

Minggu depan saya nak kena nilai lagi, tak tau tang mana yang nak ditengok.. dia cucuk tang sini tang situ... semoga dipermudahkan:

Allahumma yassir wa la tu'assir (O Allah: Make things easier for me and don't make them difficult).

Ni tengah takutla nih sebab benda yang nak dinilai tak siap lagi, sebenarnya dah siap tapi bila tengok balik rasa kena pebetul sana-pebetul sini, dah 2 malam saya tidur cuma 2-3 jam sebab nak siapkan benda ni. apa event kat ofis pun saya tak involve, sebab benda ni penting bagi saya, priority bagi saya sekarang ni...

Banyak benda akan berubah selepas penilaian ini IsyaAllah.. kearah kebaikan on a fast beat..

Budak-budak kat rumah ni baru masuk mood boring, minggu lepas mood gembira sebab balik kampung. Minggu ni mood busan.. hari-hari pergi sekolah katanya tak buat apa, petang pun sama, lagi diaorang busan ialah hari-hari kena makan daging.. nak perabihkan daging korban...

Lepas semua ni selesai, rasanya nak cutila...

0 comments: