Sunday, November 13, 2011

I Wish...

Pagi ni saya bangun sangat pagi untuk siapkan tempahan coklat, alhamdulilah ada la rezeki kami anak beranak.

Sebenarnya kalau ikut tenaga dan kederat tulang 4 kerat saya ni memang tak kuat untuk ambik tempahan, apa lagi saya seorang sahaja yang memproduksinya. Tapi saya fikir rezeki kenapa perlu ditolak. Kalau nak diikutkan saya memang tak ada masa, hujung minggu ni nak selesaikan kain baju yang bertimbun, kemas rumah. Barang diingat hujung minggu hanya saya sahaja dirumah dengan anak-anak.... tak menang tangan.

Pagi-pagi buta ni saya dah basuh baju... sebab nak iron baju sekolah budak-budak..sekali tu tudung tak cukup..alamak...belum dicuci rupanya... pukul 4 pagi.. bunyi gooonggg greeennggg gooongggg greeengggg mesin basuh Samsung semi automatik saya yang seusia Sarah... tak bagus untuk semangat kejiranan, jiran sedap tidur dikejutkan dengan bunyi-bunyian dari dapur saya...Wishlist saya.. mesin basuh fully auto berkapsiti 13kg....

Jerangkan air di dapur, cerek yang seusia perkahwinan saya masih setia menawarkan khidmat, masalahnya sekarang si cerek ni sudah tak mampu bersiul kuat, kalau nak ngorat awek memang tak lepas, seperti orang mati pucuk layaknya...( ha..ha..ha.. 2, 3 hari lagi Najiha mesti tanya saya "mati pucuk tu apa buuu??) wishlist saya.. cerek baru..yang pakai karen punya...

Sementara tu sambung strika baju, strika hadiah perkahwinan saya masih berfungsi baik, sekali sekala sahaja menggigit kain baju saya sampai belubang, selain itu dia berfungsi baik, tapi meja strika saya yang saya tak tahan, lututnya bergoyang macam orang sakit lutut cuba nak bangun.. adoi mak..(sendiri sudah rasa..) meja ni sendiri pun dah berusia.. wishlist saya, strika baru pakai wap..lagi bagus strika yang tak perlu meja... macam kat butik tu.....

Jika nak di senaraikan, sampai besok pun tak habis.. termasuk nak rantai dan gelang baru... rumah besar.. anak-anak yang mendengarkata... .. (tapi bahaya ni buat pengakuan terbuka.. nanti orang MLM baca ajak joint pulak...)

Sebenarnya wish saya yang utama ialah saya nak en husband ada dirumah masa hujung minggu, dapat membantu saya mengurus rumah tangga (ehem... tak ada tangga), uruskan anak-anak.. layan kehendak anak-anak. Masa suami saya kerja pejabat dulu saya rasa nak suruh dia buat part time pulak. Apa tidaknya, asyik dirumah aja... sekarang bila en husband selalu tiada dirumah saya mahu dia selalu ada. Anak-anak perlukan hiburan dihujung minggu, kalau emaknya sibuk didapur sahaja, apa kualiti masa yang ada dengan anak-anak.

Oleh itu kawan-kawan, bila suami anda ada dirumah janganlah dibebelkan pakcik tu.. kecuali kerjanya asyik tidur sahaja. Pada para suami....jadilah teammate yang baik, mungkin isteri anda hanya mahu minta bantuan sikit sahaja dirumah, selebihnya dia boleh buat sendiri (tapi isteri anda juga ingin rehatnya dihujung minggu). Sekian..


1 comments:

Irfa said...

huhu..tak terbayang sibuknya :(
samalah kita..kat umah pun kena keje jugak

sesekali nak jugak memanjakan diri