Cuti sekolah dah mula... mak bapak dah kering idea...
Alhamdulilah, Sarah lulus 4 dari 5 matapelajaran yang diambilnya dalam UPSR. Saya bersyukur Ya Allah atas anugerah yang diberikan, Sarah macam biasa je, cuma sedih sikit je sebab fail satu subject.
Saya nak beterima kasih kepada semua yang mendoakan Sarah, have faith in Sarah dan berusaha untuk Sarah...
Kepada cikgu-cikgu Sarah yang berusaha sehingga ke hari terakhir sebelum UPSR untuk membantu Sarah menjawab soalan, memberikan motivasi kepada dia. Tak lupa juga cikgu yang mengajar dia membaca, tanpa boleh membaca macamana nak jawab soalan yea kan... cikgu yang mengajar dia menulis, kalau tak tau menulis nak jawab apa kan..kan..kan...
Terima kasih kepada pihak sekolah yang tidak menahan dia dari mengambil UPSR. Mungkin dengan ini memberikan dia peluang untuk menikmati hidup macam murid-murid lain yang sebaya dengannnya. Sekarang ni pun kalau nak mintak U untuk buat undergrad, master dan PhD dia tak tanya pun result UPSR. Percaya lah cakap saya, bukan nak kata result yang baik tak penting, cuma nak ingatkan ada banyak lagi cabaran dalam hidup yang dia nak kena hadapi dan UPSR hanyalah sebahagian kecil darinya.
Terima kasih kepada pakcik kantin yang menjadi tempat dia makan tengahari selama berbula-bulan (kelas tambahan balik petang). Mengembalikan duit baki dengan jujur, walaupun kadang kala Sarah sedikit confius dengan pengiraan duit....
Terima kasih kepada kawalan keselamatan sekolah yang selalu membantu Sarah dan Jiha melintas car park, selalu memberikan parking sport yang baik kepada kereta kami, bantu saya undur kereta jika kereta banyak. Ada antara pengawal keselamatan yang kenal Sarah dan Jiha dan cam kereta kami.
Terima kasih kepada cikgu yang tidak mengajar Sarah secara direct, tetapi mengawasi tingkah lakunya, memastikan dia Solah Zuhur, memastikan tiada salah laku dan perkara pelik yang Sarah lakukan.
Terima kasih juga kepada Kawan rapat Sarah, yang sudi menjadi kawannya, tidak menggangap dia pelik dan lain. Terima kasih juga kepada ibubapanya yang tidak menghalang anak mereka berkawan dengan Sarah. Saya pasti ramai ibubapa mahu anak-anak mereka berkawan dengan pelajar cemerlang sahaja supaya anak mereka juga mendapat aura cemerlang tersebut, tapi kalau semua ibu bapa macam tu, siapa nak kawan dengan anak saya????
Terima kasih juga kepada adik-beradik dan saudara mara dan rakan-rakan yang sangat berlapik bertanyakan result Sarah. Saya tahu mereka ingin menjaga hati.. tapi tak pasti..hati saya atau hati Sarah. Sesungguhnya saya ok Sarah pun ok juga.. tiada apa yang kami sedihkan, malah kami bergembira dengan result ini. Alhamdulilah.... Terima kasih.....
3 comments:
kakkkkkk sebaknya baca catatan ni...
saya pun sebenarnya nak tanya pasal upsr sarah juga, tapi tak tau cemana cara nak tanya... hurmmm nanti nak kasi hadiah kat sarah sebab lulus 4 subjek... Insya-Allah bila hadiahnya dah ready, saya roger akak...
Thanks Unty Pnut...
salam kak..serius saya pun sebak.
lama tak singgah sini.tahniah utk sarah.dia dikelilingi oleh org yang baik2
Post a Comment