Semalam Jumaat 26 Jun 2009....
Report card Sarah...
Pagi semalam buat pertama kalinya saya pergi mengambil report card Sarah.., sejak Sarah sekolah baru kali ini lah saya berkesempatan untuk menghadirkan diri. Setiap tahun ada saja kekangan untuk saya pergi..
Macam biasa, prestasi Sarah ada peningkatan, walaupun dia dapat no 27/30, saya bangga dengan pencapaiannya. Pada saya terdapat subjek-subjek yang dia memang boleh jawab dan bukan main hentam je tanda kat slip jawapan.
Bila saya tanya pada cikgu Sarah, apa plan dia untuk meningkatkan prestasi Sarah... terkebil-kebil cikgu terkuis-kuis, saya cerita tentang plan saya, tahu ni kalau dapat saya nak Sarah naik Quran, biar dia lancar mengaji. Saya nak tahu apa plan cikgu untuk murid-murid yang sekapal dengan Sarah ni..alasan cikgu ni biasala.. murid ramai puan, perhatian tak dapat diberikan..
Semalam juga Jiha masuk TV3.. Malaysia hari ini.. fokus ialah tentang Tadika Islam Dzul Iman, muka jiha la yang paling besar kat TV tu, kat tok mak dia pun Jiha dah pesan suruh tengok TV...
Tengah hari semalam juga saya dan beberapa kawan melawat senior officer kai yang kena stroke, aneh pulak rasanya tengok dia yang dulu nya lincah kini bertongkat kesana kemari.
Nak melengkapkan hari penuh peristiwa semalam... balik dari rumah orang sakit kereta kawan yang kami tumpang rosak pulak kat tepi jalan.., berpeluh wooo cari siapa nak tumpang balik, mesyuarat pukul 3.. sampai mesyuarat pengerusi terus pandang.. dah la kena duduk dekat dengan pengerusi...... he..he...duduk je.. pengerusi terus start mesyuarat.....
Mungkin kena jot down juga ialah peristiwa paling mendapat liputan ramai semalam... kematian king pop dunia MJ.....
Semuanya dalam sehari........